CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 26, 2010

Wajib Berdakwah Walau Diri Belum Sempurna

Assalamualaikumwarahmatullah...

Apa khabar iman kita?semakin bertambahkah?atau...semakin berkurangkah?Tak perlu tepuk dada,tapi fikirlah keadaan diri kita sendiri.


"Every human has four endowments- self awareness, conscience, independent will and creative imagination. These give us the ultimate human freedom... The power to choose, to respond, to change."
Stephen Covey


Ramai orang mengetahui bahawa tugas dakwah adalah wajib ke atas setip individu.Walau bagaimanapun,masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja2 dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan.


Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah.Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.


Berhubung dengan isu ini,Imam Said bin Jubair berkata:"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga dirinya sempurna,maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya,beliau menambah: "Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

* * * *

Ana ingin berkongsi sebuah cerita...ana mendapat cerita ini daripada sahabat ana.Orang Sabah berketurunan Kadazan;sahabat yang sama2 berkampung di surau blok.he~ Cerita ini ada hubungkaitnya dengan tajuk di atas.Sama2lah kita ambil iktibar daripadanya.Begini ceritanya...(maaf kalau salah,ingat2 lupa jalan ceritanya).


Pada zaman dahulu,terdapat seorang raja yang kaya raya.Baginda sangat pemurah terhadap rakyat jelatanya.Hal ini kerana,pada hari2 tertentu,baginda akan mengagihkan makanan kepada mereka di istana baginda.


Suatu hari,raja ini terfikir untuk menguji kesetiaan dan kejujuran rakyat jelatanya.Lalu baginda pun memikirkan cara yang terbaik dan merancang untuk membuat sebuah kolam susu.Maka,tatkala kolam yang besar itu siap,baginda pun menyuruh hulubalangnya mengumpulkan rakyat.


Dalam perjumpaannya bersama rakyat,raja itu menyampaikan titahnya.Lebih kurang begini bunyinya,"Wahai rakyatku sekalian,apabila tiba suatu malam di mana bulan mengambang pada waktu itu,datanglah kamu ke istanaku dengan setiap seorang membawa sebiji cawan berisi susu.Kemudian,tuanglah susu tesebut ke dalam kolam besar itu."Selesai sahaja rakyat mendengar titah raja tersebut,rakyat berasa pelik dan hairan dengan hasrat raja mereka.Namun,mereka turutkan sahaja perintah baginda.


Tibalah saat ketika bulan mengambang,kelihatan rakyat berduyun2 keluar ke istana sambil masing2 membawa sebiji cawan.Namun,cawan tersebut bukanlah berisi air susu seperti yang disangkakan.Sebaliknya hanyalah berisi air kosong.Mereka beranggapan bahawa dalam keadaan yang gelap dan hanya disuluh cahaya bulan,tiada siapa yang akan perasan bahawa air yang dibawa itu adalah air kosong.Malah,mereka juga menganggap bahawa jika mereka tidak membawa air susu sekalipun,pasti ada orang lain yang bawa.


Keesokan harinya,raja pun pergilah ke kolam susunya dengan harapan kolam itu sudah dipenuhi susu.Setibanya baginda di sana,baginda berasa amat terkejut kerana kolam itu berwarna jernih,bukan dipenuhi susu seperti yang disangka.Maka,barulah raja itu sedar akan sikap rakyatnya itu dan memberi pengajaran kepada rakyatnya tentang sikap suka bergantung kepada orang lain.


Berdasarkan cerita ini,samalah juga halnya dengan berdakwah.Kita tidak boleh menganggap dan berharap orang lain yang akan melakukan tugas tersebut.Sekiranya semua orang berfikiran begitu,pastilah sebarang perubahan yang positif tidak akan berlaku.


* * * *

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui.Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru.Berhubung dengan ini,Imam al-Hasan berkata:

"Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya?Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."


Secara dasarnya,kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukallaf dan berdaya.Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul.Hakikatnya,Islam mengakui tahap kemampuan individu adalah berbeza.Justeru Nabi bersabda:"Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran,hendaklah dicegah dengan tangannya(kuasa).Jika tidak berdaya,hendaklah dicegah dengan kata2nya(lisan) dan jika tidak berdaya,hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman."Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.


Berhubung dengan kemungkaran,kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati.Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan:

"Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu.Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya."



Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat.Tanpanya,iman akan berkecai dalam hati seseorang.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:

"(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran),tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi."



Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa.Sahabat Nabi bernama Abdullah ibn Mas'ud pernah menegaskan:

"Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya."


Pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi munkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah.Berhubung dengan ini,Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud;

"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja.Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya."Ayat ini menjelaskan,apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa,ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat,tetapi ia juga menimpa ke atas mereka yang soleh yang mengabaikan dakwah."

Wednesday, November 24, 2010

Surau@Dakwah di Kampus

Assalamualaikumwarahmatullah...

Apa khabar sahabatku sekalian?harap antum semua sihat2 belaka..maafla,sekian lama diri ini menyepi dek sibuk dengan aktiviti kampus(alasan!).Terasa jenuh pula nak cairkan otak ni balik tuk menulis.huhu.

Hari Jumaat hari tu,19 november 2010,last paper tuk final exam sem 1.Paper Biochemistry.Lepas abis jer masa menjawab,masing2 lihat jam.Kemudian,pandangan beralih pula ke pintu.Sekejap2 tengok lecturer yang jaga peperiksaan."Aduhai...bila la bleh kuar ni..".Rata2 para pelajar USM tak sabar lagi ingin meninggalkan Dewan Utama Pelajar a.k.a dewan peperiksaan itu.Para pelajar kelihatan gelisah.Fikiran masing2 dah melayang ke rumah.Tibalah saat...''OK,YOU MAY GO NOW."Bagaikan satu arahan yang bisa mengejutkan saraf2 di dalam badan,bekerja keras untuk menghantar signal ke otak dalam masa kurang daripada 1 saat,''Krekkk...!Boom!!"Kedengaran pintu utama dewan peperiksaan dirempuh para pelajar yang tak sabar2 ingin pulang ke rumah.Suasana gamat memenuhi segenap ruang DUP.Keluar sahaja dari dewan,ana menarik nafas lega.Fuhh...akhirnya habis juga periksa.Alhamdulillah...

Teringat semasa study week.Berkampung kat surau blok M02 Restu.Boleh dikatakan setiap hari tidur kat surau bersama sahabat2.Dan yang lebih seronok lagi,setiap hari dapat solat berjemaah.Maklumlah..masa study week takde kelas.Jadi,para pelajar bebas melakukan apa sahaja pada masa ini.Ada yang study kat library,ada yang study kat bilik bacaan blok,ada yang lebih suka study kat bilik je dan ada juga yang suka study kat kafe.Tapi,ana lebih suka study kat surau.Lebih tenang dan selesa.Bukan ape,ana jenis yang tak boleh dengar bising sewaktu belajar.Setiap orang lain2 cara belajarnya kan...

Orang kata,masa study week ni la kebanyakan pelajar akan mencari 'makanan' yang sedap2.Oopsss!!jangan salah faham...bukan makanan yang kita makan yang ana maksudkan,tetapi "makanan rohani".Hal ini terbukti apabila majlis bacaan yasin dan solat hajat yang dilaksanakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu(MPD Restu)mendapat sambutan yang menggalakkan.Alhamdulillah..Namun,ana sedikit terkilan kerana hanya sedikit sahaja yang turun berjemaah di surau blok.Walaupun dengan bilangan yang sedikit,usrah tetap dapat berjalan dengan adanya sahabat2 yang prihatin tentang dakwah di kampus.Setiap hari,pelbagai topik baru yang dibincangkan dalam usrah.Antaranya,soal feqah,sirah nabi,soal hati dan sebagainya.Sedikit sebanyak,pintu hati ini diruntun keinsafan.Sayu dan pilu mengenangkan diri ini terlalu dhaif.Sedih akan hatiku yang gersang dengan ilmu-ilmu agama.Masih banyak lagi yang perlu kupelajari dan fahami.

Benarlah firman Allah dalam kalamnya yang agung:

A027
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman 31:27)

Subhanallah!teramat luas ilmu Allah...bagaikan cuma setitik air sahaja jika dibandingkan dengan ilmu yang telah dipelajari.Sesungguhnya,ana rasa amat bertuah dan bersyukur kerana Allah telah bukakan hati ini untuk terus berada dalam taman2 syurga(majlis2 ilmu).Bukan itu sahaja,ana juga dapat merasai kemanisan ukhwah dalam kalangan ahli usrah.Kita selalu dengar orang kata,"tak kenal maka tak cinta",tapi apa kata kalau kita tukar pula ayat ni kepada,"tak kenal maka ta'aruf".Kan lebih baik bunyinya bukan?..tidak ada unsur salah faham di sini jika digunakan bersama lelaki ajnabi.Semoga Allah mengikat hati2 yang telah berkumpul ini untuk bersama2 dalam perjuangan mendaulatkan syariat dan menegakkan Islam yang tercinta ini.amiiinn...


A112
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (At-Taubah 9:112)