CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 11, 2012

♥Wo Ye Ai Ni♥

Petang ini, entah mengapa. Hatiku tiba-tiba berasa sebak. Memikirkan sahabatku..sahabat yang kukira bisa membawaku ke syurgaNya. Apakah aku bisa bertemu dengannya lagi? T_T

Dalam rakaat terakhir solatku, hatiku semakin sebak. Perasaan dan genangan air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua di simpuhan tafakurku seusai solat. Allah...aku amat merinduinya. Terlalu rindu. Bacaan al-Ma'thurat yang kulazimi pada setiap petang, kali ini ditemani air mata rinduku pada sahabatku; dia.

Dia ialah insan yang kukenali ketika kami bersama-sama belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Dialah yang sentiasa sudi mendengar luahanku, menenteramkan hatiku saat aku menghadapi masalah. Syukur padaMu ya Allah, kerana telah menemukan aku dengannya. 

Allah...dia seorang yang kuat. Sangat kuat. Walaupun dia sedang menghadapi ujian yang amat besar dariMu, namun dia cukup tabah. Masih dapat kulihat senyuman yang terukir di wajahnya ketika pertemuan kami baru-baru ini. Alhamdulillah, syukur aku masih diberi peluang bertemu dengannya. Bahagianya~ ^_^

Allah...kau peliharalah diriku dan dirinya. Moga kami terus thabat di jalanMu dan terus kuat menghadapi ujian dariMu. Esok dia akan pulang ke rumah dan kembali ke kampusnya semula. Moga Allah melindungimu sahabat. Allah...eratkanlah ikatan hati-hati ini dan kekalkanlah kemesraannya. Moga persahabatan yang terjalin ini kekal sehingga ke syurgaMu ya Allah...aamiin...

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, cintaKu mesti bagi orang-orang yang bersilaturrahim kerana Aku, cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku..." -hadith riwayat Imam Ahmad-  

.:Selamat tinggal:.


Semoga ketemu lagi..



-Bersahabat hingga ke syurga-