CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 29, 2010

Sebiji Kurma Itu

Pada suatu petang Ramadhan yang indah...kelihatan emak sedang menyediakan juadah untuk berbuka bersama adik.

"Adik,tolong basuh kurma tu.Nak dekat berbuka dah ni,"kata emak kepada adik.
"Ala...tak minat la makan kurma..manis sangat,"rungut adik.
"Sayang...makan kurma kan sunnah Rasulullah.Lagipun kurma ni banyak khasiatnye.Masa bulan puasa ni la kita ambil peluang untuk banyakkan amalan sunat,"emak memujuk lembut.

Hmm...ada apa dengan kurma?Jangan dipandang sebelah mata,biarpun saiznya kecil namun Allah telah menjadikan buah ini begitu istimewa.Subhanallah.Mari kita bersama-sama menghayati kebesaran Allah...

Kurma amat sinonim dengan kita tatkala menjelang puasa pada bulan Ramadhan.Terdapat beberapa kelebihan memakan kurma yang merupakan sunah Rasulullah dimakan pada waktu sahur dan pembuka juadah sewaktu berbuka.

Antara kelebihan kurma ialah:
  • Mengandungi zat galian seperti potassium,kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.
  • Merangsang dan memudahkan kehamilan.
  • Membunuh kuman dalam badan.Saidina Ali r.a. meriwayatkan,"Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari,ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."
  • Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran.

Maksud firman Allah s.w.t di dalam surah Maryam,ayat 25-26:

"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu,nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

  • Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.Maka dengan itu Allah s.w.t menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s.,kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
  • Membentuk sifat penyabar,bersopan santun dan cerdas pemikiran.

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. :

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil,kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Penerangan emak yang panjang lebar mengenai keistimewaan buah kurma pada petang itu telah mengubah persepsi adik yang dulunya tidak menyukai buah kurma.

"Oh,bagusnye buah kurma ni!adik nak makan banyak-banyak la.Nanti cepat pandai.hehe."

Emak tersenyum mendengar azam baru adik.Dalam hati si emak,dia memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan anak yang mudah menerima nasihat dan teguran.Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment