CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 6, 2010

Puasa Ada Berapa Jenis Ye?..

Puasa..merupakan rukun Islam yang ketiga.Agak2,puasa ni ada berapa jenis ye?atau...kita hanya tahu berpuasa tapi tidak tahu tentangnya dengan lebih mendalam?Hmm..nak tahu jawapannye?Let's check it out!

Puasa ada 4 jenis.Antaranya ialah:-

Puasa WAJIB
  1. Puasa di bulan Ramadhan
  2. Puasa Kifarat
  3. Puasa Nazar
Puasa SUNAT
  1. Puasa 6 hari pada bulan Syawal
  2. Puasa Hari Arafah
  3. Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa bulan Syaaban
  5. Puasa Isnin dan Khamis
  6. Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan Qamariah (tahun hijrah)
Puasa MAKRUH
  1. Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  2. Tidak termasuk 2 hari raya dan hari Tasyriq
Puasa HARAM
  1. Puasa pada hari raya pertama Aidilfitri
  2. Puasa pada hari raya pertama Aidiladha
  3. Puasa 3 hari sesudah hari raya Aidiladha atau hari Tasyriq iaitu pada 11,12,13 Zulhijjah

Sabda Rasulullah s.a.w;Maksudnya:"Apabila datangnya Ramadhan,maka dibukakan pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan."(Muttafaqun 'Alaihi)


Haa...sekarang kita dah tau jenis-jenis puasa.Apa kata kita lihat pula apakah amalan-amalan sunat yang boleh kita praktikkan dan amalkan sepanjang bulan puasa.Moh kite!

12 Amalan Sunat Ketika Berpuasa
  • Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu Maghrib.Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.
  • Membaca doa ketika berbuka:
"Ya Allah,untuk Engkau puasaku,dan dengan Engkaulah aku beriman,dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka,disertai dengan rahmat Engkau."

  • Melambatkan makan sahur
  • Memperbanyakkan ibadah pada malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.Solat tarawikh pada setiap malam Ramadhan dan witirnya.
  • Mulai malam 15 Ramadhan sampai akhir bulan,membaca doa qunut pada rakaat akhir solat witir.
  • Berdoa dan berzikir setiap malam selepas solat witir.
  • Bertadarus sama ada sendiri atau secara berkumpulan.
  • Beriktikaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Memperbanyakkan ibadah malam terutama pada malam 10 terakhir Ramadhan.
  • Memperbanyakkan sedekah.
  • Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.
  • Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari pada bulan puasa
Baiklah,ana rasa kita semua sudah sedia maklum akan amalan-amalan sunat seperti yang dinyatakan di atas.Oleh itu,ana harap kita semua dapat melaksanakannya dengan istiqamah.Biarpun tak dapat lakukan semuanya sekali,sedikit pun jadilah.Sesungguhnya amalan yang sedikit dan berterusan itu lebih disukai oleh Allah...Insya-Allah,sama-samalah kita gunakan saki baki masa yang tinggal pada saat-saat akhir Ramadhan ini dengan sebaiknya.Mudah-mudahan kita semua mendapat redhaNya...amiiin

1 comment: