CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 19, 2011

Mahasiswa Al-Amin

Alhamdulillah. Selesai sudah Projek Jualan Sempena Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Sains Kajihayat. Walaupun agak singkat masa yang diperuntukkan untuk run projek ni, alhamdulillah...syukur sangat2 Allah permudahkan segala urusan.
Untuk makluman, antara objektif projek ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat keusahawan dalam diri mahasiswa/i biasan daripada contoh teladan kita yang terulung, Rasulullah s.a.w sendiri. Selain itu, ingin melatih mahasiswa/i mempraktikkan kaedah berjual beli yang dianjurkan syarak.


Sedikit informasi mengenai Jual & Beli..
Bab Jualbeli :-
1. Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.
2. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:
1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
“Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah : ayat 275)
2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)
3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.”
(Riwayat Ibnu Hibban)
3. Hikmah diharuskan jualbeli :-
1. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya.
2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya.
3. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.
4. Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-
1. Penjual
2. Pembeli
3. Harga yang dibeli
4. Barang yang dijual
5. Sighah (lafaz penjual)
6. Qabul (lafaz pembeli)
5. Syarat-syarat penjual dan pembeli 
1. Baliqh dan berakal
2. Tidak bankrap atau bodoh
3. Tidak dipaksa
4. Beragama Islam
5. Merdeka
6. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.
6. Syarat-syarat harga dan barang yang dijual
1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.
2. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual
3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.
Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya.”
4. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang dijual.
7. Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli)
1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antara ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.
8. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak sah.
9. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam.
10. Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli 
1. Tidak sah menjual binatang buas.
2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

Itulah sedikit sebanyak ilmu mengenai urusan jual beli dalam perniagaan... Hmm. Pengalaman mengurus projek perniagaan tidak sama seperti mengurus program. Adakah antum setuju dengan pernyataan ini? Bagi ana, YA. Memang sangat berbeza. Subhanallah. Ana amat bersyukur kerana terpilih untuk menjadi  orang yang bertanggungjawab dalam menjayakan projek ini.
Paling ana tak boleh lupa, terpaksa cari pembekal untuk ganti pembekal yang sedia ada dalam masa yang singkat walhal esoknya dah kena mula berniaga. Nak tahu mengapa? Sebab pembekal sebelum ni tarik diri...mereka risau dengan kedudukan yang kurang strategik yang kami dapat untuk menjalankan perniagaan tidak mengaut keuntungan yang banyak. Jadi, perancangan awal kami untuk berniaga kerepek, bertukar menjadi perniagaan jeruk. Kebetulan, ada ahli jawatankuasa ana pernah beri pada ana nombor pembekal jeruk semasa kami membuat survey tentang barangan yang hendak dijual. Tanpa melengahkan masa, ana terus dail pembekal tersebut.


Sabar. Allah...hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana resahnya hati ana waktu tu. Inilah satu-satunya harapan yang tinggal. Memang sangat-sangat mengharapkan perniagaan kami memperoleh pembekal. Dengan usaha yang tak putus dan tawakkal kepada Allah, Alhamdulillah ana panjatkan sekali lagi ke hadrat Ilahi. Akhirnya dapat juga pembekal yang baru walaupun masa ana telefon pembekal tersebut, ketika itu sudah hampir waktu maghrib. Mungkin tindakan menelefon pada waktu hampir maghrib dikatakan agak mengganggu orang, tapi..hmm..memang keadaan sangat terdesak waktu itu...


Tanggal 24 hingga 28 Januari 2011 merupakan tarikh yang sepatutnya projek ini berlangsung. Oleh sebab masalah yang ana nyatakan tadi berlaku, atas perbincangan dengan senior-senior yang juga menjadi ahli jawatankuasa pelaksana projek ini, kami sepakat untuk memulakan perniagaan pada hari selasa, iaitu pada 25 Januari 2011.

Meskipun perniagaan ini terpaksa dijalankan dalam masa 4 hari sahaja, tapi keuntungan yang kami dapat memang sangat luar biasa! Mengapa ana berkata begitu? Sebab,, yang pertama, kedudukan gerai yang kami dapat kurang strategik dan tidak ramai pelajar lalu di situ. Kedua, barang yang kami niagakan adalah barang makanan yang sebahagian besarnya adalah jeruk. Pada tanggapan ana, para pelajar universiti APEX ini tidak begitu minat dengan jeruk. Jaga otak (minda) la katakan... Tapi, setelah empat hari menjalankan perniagaan, sambutannya cukup menggalakkan. Boleh dikatakan, setiap masa ada sahaja mahasiswa/i yang berkunjung ke gerai kami.

Merenung sejenak ayat seribu dinar yang selalu ku amalkan, "...barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka akanKu cukupkan keperluannya..." ana berasa amat terharu~ Syukur padaMu  ya Allah.. Engkau tidak pernah memungkiri janjiMu.. :')



Yang memerlukan nasihat & teguran,
Mujahidah Soghirah
Pengarah Projek Jualan Sempena Tahun Baru Cina 2011

No comments:

Post a Comment