CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 2, 2011

Demi Sebuah Keadilan

Kebangkitan rakyat Mesir terhadap pemerintahan Hosni Mubarak semakin meruncing. Ditambah dengan penggunaan internet yang disekat oleh pihak kerajaan Mesir menambahkan lagi kemarahan mereka. Ia ibarat menyiram minyak di atas bara api.

Astaghfirullah... tak tahan ana tengok kekecohan yang berlaku sekarang. Sedih. Belum habis dengan isu Palestin, isu kebangkitan rakyat Tunisia dan sekarang ini merebak pula hingga ke Mesir. Tak cukup dengan isu luar negara, dalam negara kita sibuk dengan pilihanraya. Semuanya mengenai keadilan.

Terbayang wajah-wajah yang menagih simpati dan meratap hiba akan nasib mereka yang dipinggirkan di bumi sendiri. Malah ada yang berani lantang bersuara menyatakan hasrat mereka supaya didengari!

Sudah banyak tenaga dihabiskan, sudah banyak air mata dibazirkan, sudah banyak nyawa yang terkorban. Tak lain tak bukan hanya kerana sebuah keadilan! Keadilan yang ingin ditegakkan ditengah-tengah kebatilan...

Apakah mereka yang zalim itu tidak mengerti?? Ana rasa... selagi ego dalam diri tidak dibuang, selagi nafsu yang ghairahkan kekuasaan tidak dinyahkan, selagi itulah kezaliman berleluasa!..

Duhai saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah nun jauh di Mesir sana, bersabarlah... Insya Allah, Allah bersama kalian... Allah bersama dengan orang yang teraniaya... Semoga antum tabah dan kuat menghadapi dugaan ini... amiin 

No comments:

Post a Comment