CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 1, 2011

M.A.N.I.S

Subhanallah!Alhamdulillah!Lailahaillallah!Allahu Akbar! Syukur padaMu ya Allah.... pengalaman yang manis untuk dikongsikan bersama sahabat2 yang sentiasa manis dalam senyuman, redha dalam kepayahan, ikhlas dalam kesusahan serta sabar menghadapi dugaan.. =)

Mahasiswi Nadi Insan Sepanjang Zaman (MANIS). Itulah singkatan bagi Program Manis yang telah diadakan pada 7 hingga 9 Januari yang lalu. Alhamdulillah.... lega rasanya program sudah selesai dan dilaksanakan dengan jayanya.

Pasti antum tertanya-tanya kan? Apa benda Program Manis ni? Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Program Manis ini dianjurkan oleh Lajnah Hal Ehwal Siswi (HELWI) di bawah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM). Program ini bertemakan "Siswi Prihatin, Masyarakat Terjamin". Ia dianjurkan bertujuan memacu pembangunan siswi ke arah generasi Rabbani di samping memberi motivasi kepada insan-insan terpilih yang diuji Allah dengan ujian yang hebat. Masya Allah. Sesungguhnya orang yang diuji sebegini sememangnya memiliki hati yang kental.

Sedikit informasi mengenai program ini.. Seramai 65 orang peserta USM termasuk jawatankuasa pelaksana yang mengikuti program yang diadakan di Institut Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Batu Gajah, Perak ini. Manakala peserta daripada penghuni Taman Seri Puteri Batu Gajah pula seramai 41 orang. Oh ye, untuk pengetahuan antum semua,
Taman Seri Puteri Batu Gajah ini merupakan Pusat Perlindungan Wanita di bawah Akta Kanak-kanak. Penghuninya terdiri daripada remaja berusia bawah 18 tahun.

Pendekatan yang digunakan dalam program ini lebih kepada kerohanian+santai+motivasi+ceria. Alhamdulillah, boleh dikatakan semua berpuas hati dan seronok dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. TAHNIAH kepada AJK PENGISIAN kerana bertungkus-lumus memikirkan aktiviti dan melaksanakannya dengan cemerlang sekali! Namun, kehebatan ajk pengisian pasti tidak akan terserlah tanpa kerjasama daripada peserta yang mengambil bahagian. SYABAS kepada para PESERTA yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program berjalan! (^_^) Ana sungguh berbesar hati..

Tak lupa juga kepada ajk2 lain yang sentiasa bersemangat melaksanakan taggungjawab mereka daripada semasa persediaan melaksanakan program dan dari awal hingga ke akhir program berlangsung. Jutaan TERIMA KASIH dan TAHNIAH kerana telah melakukan tugas anda dengan penuh amanah lillahi taala >>>AJK PUBLISITI DAN PENERBITAN, AJK JAMUAN, HADIAH & CENDERAMATA, AJK PENGINAPAN & PENGISIAN, AJK PENGANGKUTAN, PERHUBUNGAN & KESELAMATAN, serta AJK PENAJAAN. Kepada AJK JEMPUTAN, SAMBUTAN & PROTOKOL juga, terima kasih walaupun tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut. Buat Majlis Tertinggi, TIMBALAN PENGARAH 1 & 2, SETIAUSAHA dan BENDAHARI, antum memang BAGUS! Syukur sangat2 dapat bekerja dengan antum semua.. ana amat menghargainya.

Pahit manis semasa persediaan menganjurkan program...

Letih, kena marah, banyak duit dihabiskan, masa, ke sana sini mencari pensyarah, mesyuarat, tenaga dan banyak lagi dugaan yang menimpa jawatankuasa pelaksana program. Alhamdulillah, segalanya kita dapat hadapi bersama.. Alhamdulillah Allah beri kita kekuatan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi menghadapi semua ujian tersebut. In UNITY, there is STRENGTH.

Ketahuilah sahabat2ku yang kucintai kerana Allah... sesungguhnya semua itu Allah nilai.. Insya Allah ada ganjaran. Yakinlah Allah bantu kita.. dan hasilnya, semua kita merasainya. Allah lancarkan program kita.. Allah izinkan program kita berlangsung, Allah izinkan kita menjalinkan ukhwah dengan golongan yang perlukan semangat menghadapi masyarakat luar, Allah memberi kita rezeki yang tak disangka-sangka; program kita tidak ada menanggung bebanan hutang sahabat2.. malah, kita mendapat untung dari program tersebut.


''Innamal a'maalu binniyat..'' ana yakin, dengan niat yang ikhlas lillahi Taala itulah Allah tolong kita. Betapa besarnya peranan niat sahabat2... Jika kita selami surah al-lail ayat 7,

فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى
7. Kami akan memudahkan jalannya menuju kemudahan.
dalam terjemahannya;

Barangsiapa meyakini janji Allah ini dan mengikuti jalan ini maka ia akan dipimpin menuju jalan kemudahan dan pada saat akhir nanti dia akan dimudahkan. Allahlah yang akan memudahkan perjalanan dan kedatangannya.

Duit-Satu kemestian

Bercakap tentang duit, memang memeningkan kepala. Sudah banyak surat penajaan dihantar, respon masih lagi negatif. Tarikh program semakin hampir. Satu penajaan pun masih tak dapat lagi. Hati ana dipagut bimbang, takut sekiranya program terpaksa ditangguhkan mahupun dibatalkan. Namun, berpegang pada surah Muhammad ayat 7, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhakan kedudukanmu." Ayat ini cukup memberi motivasi kepada ana untuk terus berusaha mencari alternatif lain.

Setelah berhempas pulas berfikir,berbincang dan pergantungan kepada Allah agar dimudahkan urusan,  Alhamdulillah, berkat doa dan pertolongan sahabat, akhirnya ana temui jalan keluar... Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI'E) kerana telah menjadi penyumbang utama dalam Program Manis ini. Maha Suci Allah, hanya kepada-Nya sahajalah tempat kita bergantung. Sejenak bersama surah al-ikhlas,ayat 2 yang bermaksud:
اللَّهُ الصَّمَدُ
2.Allah itu tempat pergantungan
Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung. Abu Hurairah mengatakan ,maksud ”as-shamadu” ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.(dipetik daripada http://ulumcordova.wordpress.com/2007/09/25/tafsir-surah-al-ikhlas/)
Task mengejut
"Insya Allah, sebelum ana mengakhiri mesyuarat kita, ana ada satu task untuk antum semua. Tasknya adalah, antum diminta untuk mencari sirah tokoh pejuang wanita...bla..bla..bla.." Selang beberapa hari selepas itu, jawatankuasa pelaksana dipanggil untuk bermesyuarat. Ana beritahu bahawa task yang ana berikan pada mesyuarat yang lepas akan dibentangkan dalam mesyuarat kali ini (last minute baru beritahu..)
Kebanyakan ahli terkejut dengan berita tersebut. Ana hanya senyum kambing. Dalam hati, tidak dapat kugambarkan perasaanku pada mesyuarat malam itu. Terselit rasa kagum pada sahabat sekalian kerana komited dan mendengar arahan. Meskipun ramai yang sebaya, masing2 tidak ego untuk mengikut arahan daripada rakan yang sama umur. Terima kasih. Ana amat hargai usaha kalian untuk mencari maklumat dan membentangkan juga task tersebut (^,^)



Kasih tertumpah pada wajah itu..
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih daripada Pulau Pinang ke Perak seakan hilang tatkala kaki selamat menjejak tanah Institut GPMS Batu Gajah. Meskipun bas tersesat ke tempat lain sebelum sampai ke GPMS, semua itu tidak dihiraukan lagi. Apa yang pasti, ada misi yang perlu dilaksanakan, ada insan yang perlu diberi perhatian.

Seusai solat jamak maghrib dan isyak, persiapan untuk menyambut adik2 Taman Seri Puteri berjalan dengan rancak. Banner dinaikkan, meja dihias, lcd dipasang dan kaunter pendaftaran dibuka. Lebih kurang pada jam 8 malam, bas Taman Seri Puteri yang membawa adik2 tersebut tiba di hadapan pintu masuk. Kelihatan mereka berbaris sambil diiringi seorang inspektor wanita yang lengkap berseragam polis. 

Para peserta dari USM dan juga jawatankuasa pelaksana program turut beratur dari pintu masuk GPMS sehingga ke kaunter pendaftaran peserta demi menyambut adik2 dan bersalam dengan mereka. Sebelum adik2 TSP tiba di pintu masuk GPMS, pengalaman yang paling ana tak dapat lupakan adalah, ana terjatuh atas jalan tar pintu masuk tersebut. Keadaan yang gelap dan hanya bersuluhkan satu lampu jalan membuatkan ana tidak perasan akan lubang kecil di situ. Aduh! sakit ada, malu pun ada. Tapi nasib baik la semua yang ada kat situ perempuan. 

Sakit, memang sakit. Tapi, sebaik saja adik2 TSP tiba di pintu masuk tersebut, perasaan sakit tidak terasa lagi. Tatkala bersalaman dengan mereka, melihat wajah2 mereka, terbit perasaan simpati yang melimpah ruah buat mereka. Kasihan akan mereka yang masih terlalu muda tersalah langkah dalam menafsir cinta. Cinta yang sepatutnya diprioritikan kepada al-Khalik, telah dicurahkan untuk makhluk yang tidak punya apa-apa.  Na'uzubillahi min zaalik. Program ini memberiku pengajaran supaya lebih berhati-hati dalam menjaga maruah dan harga diri. Semoga hatiku sentiasa milik-Mu ya Allah.. Semoga hati2 sahabat sekalian juga sentiasa untuk-Mu ya Rabb...     

Pertemuan & Perpisahan~pasangan paling ideal

Hari terakhir bersama dengan adik2 TSP, merupakan hari yang tidak dapat kulupakan. Kali pertama ana  berucap secara formal di hadapan orang ramai. Sempena majlis penutup la katakan.. =) Alhamdulillah, Allah berikan ketenangan hati pada ana untuk berucap dengan yakin tanpa rasa gugup di atas pentas itu.

Selepas selesai sahaja majlis penutup, para tetamu dibawa ke dalam bilik tetamu untuk menikmati jamuan. Ana tidak terkecuali menjamu selera bersama mereka. Rasa segan pun ada sebab tak pernah makan dengan orang yang berprofil tinggi. Hee~ 

Ketika kami sedang enak menikmati jamuan, jawatankuasa pelaksana yang lain memainkan peranan mereka mengawal peserta. Idea spontan untuk merancang aktiviti yang menurut ana meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri peserta terutamanya bagi adik2 TSP telah dilaksanakan. Aktiviti apa tu?? Hmm, adik2 TSP yang menyambut hari lahir pada bulan Januari telah diraikan dengan penuh meriah.

Tiba masanya untuk berpisah, ramai adik2 TSP yang bertukar biodata dengan peserta USM. Terutamanya dengan fasilitator mereka. Ana pun tidak terkecuali. Apabila bas untuk membawa pulang adik2 TSP sampai, terpancar riak kesedihan daripada wajah2 mereka.. Masing2 tidak lepas2 melambai kepada sahabat2 USM dan berharap agar melakukan program seperti ini lagi dengan mereka pada masa hadapan.

Insya Allah, ukhwah yang terjalin ini bukan setakat di situ sahaja. Hati-hati itu masih memerlukan bimbingan yang berterusan. Hati-hati itu masih perlu dijaga. Sesungguhnya, jauh di lubuk hati mereka, ana yakin mereka juga menginginkan kebaikan. Berubah untuk menjadi insan yang lebih baik pekertinya. Semoga dengan penukaran biodata tersebut kami masih lagi dapat berhubung dan mengambil tahu perkembangan mereka...



Yang memerlukan nasihat & teguran,
Mujahidah Soghirah
Pengarah Program MANIS 2011















No comments:

Post a Comment